SELAMAT DATANG KE BLOG "JOM SINGGAH SEBENTAR"

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Saturday 30 June 2012

KERANA BOLA SANGGUP BERJAGA PUKUL 3.00 PAGI


 PINTU TAUBAT SENTIASA TERBUKA

Seorang kenalan berpangkat kakak (Pn. Kuntum) menceritakan apa yang terbuku di hatinya. Suaminya tidak pernah solat atau puasa pada bulan Ramadhan. Kalau ditegur isterinya dia akan kata "Allah Maha tahu, kerja abang susah tak boleh nak solat". Bangun di awal pagi untuk pergi kerja, namun solat subuh dia tinggalkan terus. Masa bulan puasa pula isterinya menegur " Dah alang-alang bangun pukul 5.00 sahur dan puasalah esok bang". Lebih bijak pulak si suami menjawab, mengalahkan seorang ustaz, katanya "Kalau tiangnya, solat 5 waktu dah tak buat, apa guna berpuasa". Itulah antara jawapan yang akan dibolak-balikkan setiap hari. Siang tak mahu tidur berehat. Bila azan maghrib berkumandang dia mula merangkak ke katil sehingga berdengkur di kala orang lain bersolat maghrib. Di kejut langsung tidak bangun solat maghrib, malah dengkurannya semakin kuat.

Yang peliknya bila anaknya yang tinggal jauh menelefon mengingatkan perlawanan bola akan mula sebentar lagi. Boleh pula dia terus bangun mandi dan membuat kopi panas buat bekalan menonton bola.

Nauzubillah. Manusia ke haiwan ini. Takkan dia tak belajar bahawa kita hidup ni pinjaman dan segalanya akan dipersoalkan oleh Allah S.W.T. bila tiba masanya nanti. Kalau dia seorang hamba Allah, seorang Muslim mesti dia fikir bahawa satu hari dia juga akan mati dan Allah akan menimbang amalannya.

Takkan usia yang sudah melewati setengah abad masih tak sedar diri. Kematian menjemput bukan ada notis. Bila-bila masa je kita akan dijemput oleh Allah.

Kalau aku sendiri menghadapi masalah seperti Pn. Kuntum ini sudah pasti setiap hari kepala berasap dan jiwa tertekan.

Ya Allah mudah-mudahan kau berikanlah suami Pn. Kuntum ini kesempatan untuk dia bertaubat dan mengerjakan amal baik sebelum mati menjemputnya. Amin