SELAMAT DATANG KE BLOG "JOM SINGGAH SEBENTAR"

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Friday 29 June 2012

BAYU RAMADHAN

BAYU RAMADHAN

ASSALAMU'ALAIKUM.

Sya'aban sedang berarak dan tak lama lagi Ramadhan pula tiba. Bila tiba Ramadhan macam-macam orang akan bincangkan. Pasal hutang  puasa yang belum selesai, pasal cuti raya, pasal kuih raya, pasal baju raya, pasal tema baju raya, pasal langsir. Pasal nak balik mana dulu rumah mak suami dulu ke, rumah mak isteri dulu. Semuanya menjadi topik hangat.

Jarang-jarang kedengaran orang bincang "Tahun ni aku nak melaksanakan Ramadhan yang terbaik. Aku nak cantikkan puasaku, aku nak cantikkan solatku, aku nak tutup aurat terus, aku tak nak tinggal solat tarawih. Aku nak tinggalkan rokok (bagi yang merokok). Aku tak nak membazir. Aku tak nak beli kuih raya banyak-banyak macam tahun lepas. Aku tak nak baju raya berpasang-pasang, cukuplah ala kadar sahaja." Kalaulah semua orang ada kesedaran bahawa nilai puasa bukan setakat tinggalkan makan minum, bukan setakat beli baju raya, carpet raya, langsir raya, kuih raya, tapi lebih tinggi dari itu nilai puasa itu ialah mendidik jiwa kita menajadi orang yang lebih baik dan tawadhuk. Puasa mencuci hati, membuang sifat-sifat mazmumah dan menambah nilai sifat-sifat mahmudah. Puasa adalah madrasah yang mendidik jiwa supaya kita menjadi hamba yang taat kepada perintah Allah. Natijahnya bukan hanya pada bulan Ramadhan sahaja, tetapi istiqomah membuat kebaikan seterusnya walaupun bulan Ramadhan sudah berakhir. 

Sama-samalah kita berubah menjadi insan yang lebih baik, bermula dari Ramadhan ini.

InsyaAllah