SELAMAT DATANG KE BLOG "JOM SINGGAH SEBENTAR"

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Wednesday 27 June 2012

PESANAN BUAT SUAMIKU

Bila kau lihat aku tersenyum

itu tanda hatiku tengah bahagia

Bila kau lihat aku selamba

itu tanda tiada apa-apa

bila ku tenung wajahmu lama

tanda ada yang meragukan

atau ada perkara yang kau sembunyikan

tenunganku renunganku tanda aku sedang mencari kepastian

Bila aku berbicara dengan suara menekan, 

itu tanda aku bersungguh-sungguh dalam menyampaikan kebenaran

Bila kau melihat aku menangis 

itu tanda aku mahu kau memahami apa yang aku perlukan

Aku perlukan perhatian dan timbang rasa dalam soal perasaan

aku sedang mencari seorang imam yang masih belum kutemui

imam ku dan imam anak-anakku di dunia dan di akhirat

Bilakah......

28 JUN 2012 / 8 SYA'ABAN 1433 

 KHAMIS - 2.03 AM