SELAMAT DATANG KE BLOG "JOM SINGGAH SEBENTAR"

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Friday 25 November 2011

SELAMAT TINGGAL 1432 HIJRAH MARHABAN 1433 HIJRAH




Assalamu'alaikum w.b.t.
Alhamdulillah kita akan menyambut Awal Muharram pada 27 November 2011 yang bermakna akan bermulanya tahun baru Hijrah yang ke 1433. Marilah kita sama-sama muhasabah diri buat 'check list' apakah yang telah kita capai selama setahun; 1432 Hijrah. Apakah kebaikan kita melebihi keburukan atau sebaliknya. Bagaimana dengan amal ibadat kita. Berpuas hatikah kita dengan amalan-amalan kita. Atau target yang sama masih tidak tercapai biarpun tahun berganti tahun? Setiap tahun kita akan mula dengan azam baru. Daripada berbagai azam yang kita buat berapa yang berjaya dilaksanakan? 50%, 70%, 90% atau 100%?. Semuanya perlu dijawab oleh diri sendiri. Hanya tuan punya diri sahaja yang tahu prestasinya, kejayaannya mahupun kegagalannya. Tanya pada diri, tapi yang menilai itu bukan mata orang ramai, yang menilai itu yang teragung di 'Arash iaitu Allah S.W.T.

Terkadang kita hanya mampu merancang sedang yang di 'Arash itu sebaik-baik perancang. Kita merancang tapi Allah yang menentukan. Kegagalan adakalanya bukan kesudahan tetapi adalah ujian untuk kita bangkit dan berusaha lagi. Dalam apa juga keadaan kita kena bergerak, berusaha untuk berubah menjadi insan yang lebih baik dari semalam.Ini dapat dikaitkan dengan khutbah terakhir Rasulullah s.a.w.

Khutbah terakhir Rasulullah s.a.w. pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijriah, di Lembah Uranah, Bukit Arafah ketika baginda mengerjakan haji yang terakhir. Membacanya air mata mula menitis.

Hayatilah pesanan azimat dari junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. ini.


"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlahzakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."



Dalil Tentang Hijrah Deng an Niat Bukan Karena Allah

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab radiallahuanhu, dia berkata : Saya mendengar Rasulullah alaihisalatu wasallam bersabda : Sesungguhnya setiap  perbuatan tergantung niatnya  Dan  sesungguhnya  setiap  orang  (akan dibalas)berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan. “ (HR. Bukhari no:01 dan Muslim no:1907)


Firman Allah:
"Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (An-Nisaa : 100)