SELAMAT DATANG KE BLOG "JOM SINGGAH SEBENTAR"

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Sunday 20 November 2011

BINGKISAN DARI BUKU PENENANG JIWA, IMAM AL GHAZALI Rahimullah

Tersebut dalam kitab, "Raqaiqil Akhbar'.
1. Pada hari kiamat seorang hamba dipanggil. Oleh kerana amalan buruknya lebih banyak, maka diperintahkan dia masuk Neraka. Kemudian sehelai rambut dari pipinya berkata: "Ya Tuhanku, utusan-Mu Muhammad telah bersabda, "Barangsiapa menangis kerana takut kepada Allah, maka Allah mengharamkan mata itu dalam Neraka. Dan sesungguhnya aku telah menangis kerana takut kepada Engkau." Lalu Allah mengampuni dan menyelamatkannya daripada api Neraka-berkat sehelai rambut. Kemudian Jibril mengumumkan "Fulan bin Fulan telah selamat, berkat sehelai rambut!"


2. Tersebut pula dalam kitab "Bidayatul Hidayah':
"Manakala hari Kiamat, didatangkanlah api yang bergemuruh. Hingga menggetarkan hati setiap umat. Ketika mereka mendekatinya, gemuruh semakin keras. Hingga terdengar dari jarak perjalanan 500 ratus tahun. Setiap orang sampai para nabi berkata: "Nafsi-nafsi" (sendiri-sendiri).  Kecuali Nabi Muhammad s.a.w. Baginda berkata: "Umatku-umatku." Kemudian keluarlah api bagaikan gunung. Umat Muhammad berusaha menolaknya sambil berkata: "Demi orang-orang yang bersolat. Demi orang-orang yang shiddiq. Demi orang-orang khusyuk. Dan demi orang-orang yang berpuasa. Kembalilah engkau wahai api!". Tetapi api itu tidak juga kembali. Jibril a.s. berkata : "Sesungguhnya api hendak membakar umat Muhammad."  Lalu dia datang menghampiri Nabi Muhammad s.a.w. dengan membawa  segelas air sambil berkata: "Ambillah air ini. Percikkan ia ke api itu!" Kemudian nabi memercikkan air ke api itu. Dan seketika itu api menjadi padam. Lalu Nabi bertanya: "Air apakah ini?" Jibril berkata: "Itulah air mata umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah dan sekarang aku perintahkan untuk memberikan air itu kepadamu supaya engkau memercikkannya ke api sehingga padam dengan izin Allah."


Rasulullah s.a.w. juga seringkali berdoa yang bermaksud: "Ya Allah berilah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada engkau sebelum air mata ini habis."


Diceritakan daripada Muhammad bin Munzir r.a. Manakala menangis, baginda mengusapkan air mata ke muka dan janggutnya sambil berkata: "Telah aku dengar bahawa api tidak akan menjilat muka yang basah oleh air mata orang mukmin yang takut akan seksa Allah serta menahandiri daripada nafsu dan syahwat.


Rujuk tejemahan kitab Mukashafah Al Qulub (Penenang Jiwa) karangan Imam Al Ghazali, M/S: 7 -8.