SELAMAT DATANG KE BLOG "JOM SINGGAH SEBENTAR"

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Monday, 7 May 2012

LARANGAN MENGUMPAT (GHIBAH) DAN MEMFITNAH.


Allah S.W.T. mencela orang ghibah (mengumpat) bagaikan memakan bangkai.

"Janganlah setengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)." (Surah Al-Hujurat : 12).

Firman Allah lagi yang bermaksud: "Celakalah untuk tiap-tiap orang pengumpat dan pencela."
(Surah Al-Humazah: 1)


Dari Anas bin Malik r.a. dia berkata: telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Ketika Israk aku melalui suatu kaum melukai muka dengan kukunya serta memakan bangkai, maka aku bertanya, "Siapakah mereka hai Jibril? Dia berkata "Mereka itu orang-orang yang memakan daging orang di dunia".