SELAMAT DATANG KE BLOG "JOM SINGGAH SEBENTAR"

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Tuesday 8 May 2012

gambar hiasan

gambar hiasan






KEPEDIHAN SAKARATUL MAUT


Dari Hasan, bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:


"Ingatlah maut, kepedihan dan sakitnya." Baginda s.a.w. bersabda: "Maut itu sama dengan tiga ratus pukulan pedang." Pernah Rasulullah s.a.w. ditanya tentang maut dan kedasyatannya. Baginda menjawab: " Sesungguhnya maut yang teringan bagaikan kawat jeruji menjerat kambing. Bila kambing lepas pasti ada bulu yang menyangkut padanya." Pernah Rasulullah s.a.w. menziarahi orang sakit lalu berkata: "Aku tahu, bahawa keringat yang keluar darinya adalah sakitnya ketajaman maut!". Alira terkenal gigih berperang. Dia berkata: "Kalaupun engkau tidak berperang, engkau akan mati juga. Demi Zat yang aku dalam kekuasaanNya, seribu pedang lebih ringan bagiku daripada kematianku di atas katil.."


Telah bersabda Rasulullah s.a.w. "Ketika hamba dihampiri oleh kepedihan maut dan sakaratnya maka sendi-sendinya telah memberi salam satu sama lain. Katanya: "Selamat bagi engkau. Engkau meninggalkan kami dan kami meninggalkan kamu sampai hari kiamat."


Kita insan biasa yang banyak melakukan kemaksiatan Mari kita sama-sama muhasabah diri. Jangan pernah bertangguh untuk bertaubat walaupun kita melakukan sekecil-kecil dosa. Kerana maut apabila menjemput tanpa menangguh walau satu saat pun. Jangan tunggu sehingga nafas tinggal ditenggorok.  


A S T A G H F I R U L L A H A L 'A Z I M.


Kitab rujukan: Penenang Jiwa (Pengubatan & Rawatan) Terjemahan dari "Mukasyafah Al Qulub" oleh Al Imam Al Ghazali. Halaman 223.