SELAMAT DATANG KE BLOG "JOM SINGGAH SEBENTAR"

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Sunday 26 February 2012

KULIAH .. KULIAH ...KULIAH


Alhamdulillah wa Shukrillah. Shukur kepada Allah S.W.T. yang masih memberi nafas kepada saya sehingga saat ini. Rindunya pada blog saya ni. Dah lama saya tidak berkesempatan untuk posting.Kesempitan masa dalam mencari 'wasotiah'.

Semakin banyak kuliah yang saya sertai semakin mendalam rasa cinta kepada addin yang haq ini. Semakin banyak kita mempelajari ayat-ayat suci Al Quran dan tafsirannya semakin rasa takut kita kepada Allah S.W.T. Sabtu lepas Kelas Talaqqi & Tajwid Ustaz Fatah bersambung dengan Kelas Tafsir Ustazah Hajah Jamiah. Pengenalan kepada Surah yang kedua dalam Al Quran dan Surah yang terpanjang. Mengandungi 286 ayat semuanya. Subhanallah bila diperkenalkan kelebihan Surah Al Baqarah kami semua terpaku. Antara gementar dan sayu betapa besarnya rahsia di sebalik Surah ini. Ia merupakan tulang belakang kepada Al Quran nul Karim.Ya Allah betapa Agungnya KekuasaanMu. Allahuakbar.

Saya tidak mampu menceritakan kesemuanya tapi yang penting bacalah Surah ini di dalam rumah anda kerana rumah yang dibacakan di dalamnya Surah Al Baqarah InsyaAllah tidak akan dimasuki syaitan. Berbagai-bagai lagi rahsia Surah ini yang hanya Allah Maha tahu akan kelebihannya.