SELAMAT DATANG KE BLOG "JOM SINGGAH SEBENTAR"

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Tuesday, 29 November 2011

WASIAT SEBELUM TIDUR

Ali r.a. berkata : "Fatimah mengeluhkan bekas alat penggiling yang dialaminya. Lalu pada saat itu ada seorang tawanan yang mendatangi Nabi s.a.w.  Maka Fatimah bertolak, namun tidak bertemu dengan beliau. Dia mendapati Aisyah. Lalu dia mengkhabarkan kepadanya. Tatkala Nabi s.a.w. tiba, Aisyah mengkhabarkan kedatangan Fatimah kepada beliau. Lalu beliau mendatangi kami, yang ketika itu kami hendak masuk tidur. Lalu aku mula berdiri, namun beliau berkata, "Tetaplah ditempatmu". Lalu beliau duduk di tengah kami, sehingga aku dapat merasakan dinginnya kedua telapak kaki beliau di dadaku. Beliau berkata: "Ketahuilah, akan kuajarkan kepadamu sesuatu yang lebih baik daripada apa yang engkau minta kepadaku. Apabila engkau hendak tidur, maka bertakbirlah tiga puluh empat kali, bertasbihlah tiga puluh tiga kali, dan bertahmidlah tiga puluh tiga kali, maka itu lebih baik bagimu daripada seorang pembantu." (1)


1) Hadis sahih ditakhrij Muslim, Abu Daud dan An Nasa'i.